Entri Populer

Minggu, 29 Mei 2011

BUKU SESAT TUN SUZANNA

Buku Sesat yg di buat Tun suzanna yg mencoba memalsukan dan menghubung hubungkan klg al idrus
dengan semua kesultanan Melayu di Malaysia.

Riwayat Singkat
علي زين العابدين بن عبدالله الأوسط بن شيخ صاحب أباد بن عبدالله بن شيخ الأكبر بن عبدالله العيدروس

Dikenali dengan nama Zainal Abidin,merupakan seorang ilmuan , Sheikhul Islam dan pemimpin umat Islam di zaman beliau .Seorang yang amat pemurah dan mempunyai kecerdasan serta aqal yang bijak.
Dilahirkan pada bulan Zulhijjah tahun 984 H/Maret 1577M di bandar Tarim , Hadramaut Yaman Selatan .Beliau membesar di Bandar tersebut dalam keadaan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar dan menghafal Al Quran serta mempunyai ingatan yang kuat .Beliau membesar dalam jagaan bapa beliau dan dididik dalam keadaan ilmu semenjak kecil lagi,merupakan pelajar yang amat tekun sehingga beliau mendapat apa yang diinginkan.sentiasa bersama bapanya sepanjang hari dan malamnya serta selalu melazimi kuliah-kuliah yang diberi bapanya tanpa meninggalkan walau satu pun.
Beliau mempelajari Ilmu-ilmu Syariah seperti Tafsir,Feqah,Hadith dan sebagainya serta mahir dalam ilmu yang dipelajari semenjak kecil lagi.Beliau juga mempelajari Ilmu Tasawwuf,Hakikat dan segala Ilmu yang berguna.
Diantara guru-guru beliau ialah Sheikh Zain bin Husin,Sayyid Abdulrahman bin Muhammad bin Agil,Sheikh Muhammad bin Ismail,Sayyid Abdulrahman bin Ali Ba Hasan,Sayyid Abdullah bin Muhammad Ba Ruum dan ramai lagi.Kemudiannya Beliau mula mengajar dan memberi Fatwa serta menjadi tempat rujukan.diantara Ilmu yang diajar ialah Tafsir.Majlis Ilmu beliau dihadiri oleh orang ramai termasuk guru-guru beliau ,lalu tersohorlah nama beliau di Hadhramaut dan selepas itu beliau mula dikunjungi mereka-mereka yang berada di luar Hadramaut.Ramai juga ulama-ulama yang dihasilkan dari tangan beliau termasuklah anak beliau sendiri iaitu yang alim Jaafar Al Sadik,Guruku Sheikh Abdul Rahman Al Saggaf,Guruku Sheikh Abdullah bin Ahmad Al Aydrus,Bapaku sendiri( Abdullah al ausath),Sheikh Umar bin Hussin bin Fagih,Sheikh Abdillah bin Agil Al Hinduan,Guruku Sheikh Abu Bakar bin Abdulrahman Bin Syihab, Sheikh Husin bin Abdullah Al Ghusn, Sheikh Abdullah bin Sahal Ba Fadhal, Sheikh Ahmad bin Abdullah Ba Fadhal, Sheikh Umar bin Ahmad Ba Syarahil dan lain-lain lagi.Diceritakan bahawa Guru beliau iaitu Abdullah bin Muhammad Ba Ruum dengan kerawakannya walaupun sudah lanjut usianya masih lagi mangambil kitab dan mengadap(mempelajari) dari Al Sayyid Zainal Abidin Al Aydrus.
Semasa bapa Beliau masih lagi hidup Beliaulah yang selalu bersama dan memberi sepenuh perkhidmatan dan tidak pernah menjauhkan diri.Ini membuatkan bapa beliau amat sayang kepadanya sehinggakan beliau didoa oleh ayahnya dengan doa yang Salih(baik-baik) .
Beliau tak pernah ke Nusantra dan tak ada anaknya yg bernama Maharaja sri di raja dato seri maharaja.Juga beliau ini tak bergelar tun dagang seperti yg di hayalkan suzanna ini.Juga ayah dari al imam Ali Zainal Abidin ini yakni al imam Abdullah al ausath ini tak pernah menikah dan keluar dari Tarim.
Beliau ini adalah juga seorang Naqib dan ahli nasab yg mana buku hasil karyanya hingga saat ini menjadi rujukan utama bagi keluarga Alawiyin dalam menyusun dan memelihara kemurnian dan kerapian nasab keluarga alawiyin.Beliau wafat di Tarim 1041H/1632M.

Tun Suzanna ini membuat nasab dengan cara kira kira saja

Tidak ada komentar:

Posting Komentar